Syarikat Hajj Product


HAJJ PRODUCT merupakan pengeluar bagi keperluan jemaah Haji & Umrah, menawarkan perkhidmatan Upah Haji dan pembekal Air Zam-Zam.

Ditubuhkan pada tahun 2002 di Batu Pahat, Johor sebagai satu perniagaan kecil-kecilan yang beroperasi di rumah atau 'Home Base'. Kini mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.

Idea untuk membekal barangan kelengkapan bagi jemaah Haji ini tercetus selepas Pengarah HAJJ PRODUCT, Tn. Hj. Ahyat Ramly (P.P.N) & Pn. Hjh. Ruhani selesai menunaikan Haji pada tahun 1998, kerana pada ketika itu agak sukar untuk membeli/mendapatkan keperluan untuk menunaikan Haji di pasaran.



Tn. Hj. Ahyat Ramly (P.P.N) & Pn. Hjh. Ruhani

Bermula dengan 10 jenis barang dan mula berniaga di masjid-masjid, dimana Kursus Haji dijalankan, kini syarikat kami telah memperkenalkan hampir 40 jenis produk yang penting bagi Jemaah Haji.


Misi HAJJ PRODUCT adalah untuk menjadi tempat jualan pusat (One Stop Centre) bagi memudahkan jemaah Haji dan Umrah mendapatkan keperluan & kelengkapan untuk beribadah di Tanah Suci Mekkah. Jualan akan dibuat semasa Kursus Haji Bersiri oleh pengedar sah yang komited dan sentiasa memberikan keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

Lokasi utama kami terletak di alamat seperti di bawah ini-
(1) Cawangan Johor: PP34, Jalan Pt Panchor, Bt 4 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia 
(2) Cawangan Kuala Lumpur: No.27, Jalan Makmur 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Anda boleh hubungi kami di talian 07-4380149 / 017-5607758 atau emel ke hajjproduct@gmail.com.

Terima kasih.

Mohamed Razaleigh Ahyat Ramly
Pengurus HAJJ PRODUCT
25.02.2013

HAJJ PRODUCT PEMBEKAL PEMBORONG PENGEDAR KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH NOMBOR 1 DI MALAYSIA